Monday, November 26, 2018

A NAS A WEEK - 18 RABI'UL AWWAL 1440

Allah doth command you to render back your trusts to those to whom they are due; and when ye judge between man and man that ye judge with justice: verily how excellent is the teaching which He giveth you! for Allah is He who heareth and seeth all things [Translation of al-Nisaa', 4:58 by Abdullah Yusuf Ali].

Compare Translations:


Source (Credit To):
http://www.alim.org/library/quran/ayah/compare/4/58

Thursday, November 22, 2018

SIRI WACANA ISDEV-IIIT YANG KETIGA

ISDEV menjemput semua untuk mengikuti Siri Wacana ISDEV-IIIT yang ketiga seperti yang berikut:


Monday, November 19, 2018

A NAS A WEEK - 11 RABI'UL AWWAL 1440

Abu Huraira reported: I have not seen anything more beautiful than the Messenger of Allah, peace and blessings be upon him, as if the sunlight emanated from his face. I have not seen anyone quicker in his walking than the Messenger of Allah, as if the earth was folded for him. We would exert ourselves while he would not endure any difficulty [Source: Sunan al-Tirmidhī 3648; Grade: Sahih (authentic) according to Ahmad Shakir]

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ مَا رَأَيْتُ شَيْئًا أَحْسَنَ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَأَنَّ الشَّمْسَ تَجْرِي فِي وَجْهِهِ وَمَا رَأَيْتُ أَحَدًا أَسْرَعَ فِي مِشْيَتِهِ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَأَنَّمَا الْأَرْضُ تُطْوَى لَهُ إِنَّا لَنُجْهِدُ أَنْفُسَنَا وَإِنَّهُ لَغَيْرُ مُكْتَرِثٍ
3648 سنن الترمذي كتاب المناقب باب في صفة النبي صلى الله عليه وسلم
16/248 المحدث أحمد شاكر خلاصة حكم المحدث إسناده صحيح في مسند أحمد

Source (Credit to):
 

Sunday, November 18, 2018

ISDEV TERIMA ANUGERAH CITRA SAHABAT DBP 2018

ISDEV telah dipilih oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai penerima Anugerah Citra Sahabat DBP 2018 bagi kategori sektor awam. Anugerah Citra Sahabat DBP yang telah diperkenalkan bermula tahun 2013 ini merupakan pengiktirafan kepada pihak luar sama ada kepada tokoh, individu, kumpulan, persatuan, pertubuhan, agensi dan seumpamanya yang telah memainkan peranan yang penting dan berkesan dalam membantu DBP memartabatkan bahasa dan persuratan Melayu.

Anugerah tersebut disampaikan oleh En. Mohd Azhan Md Amir, Timbalan Ketua Setiausaha Pembangunan, Kementerian Pendidikan Malaysia, kepada Wakil Pengarah ISDEV di Majlis Anugerah Hari Inovasi DBP 2018 yang diadakan di Wisma DBP pada 15 November 2018. Terima kasih DBP, Tahniah ISDEV.







Pautan rakaman bagi Majlis Anugerah Hari Inovasi DBP 2018 ialah seperti dalam link berikut dan penyampaian Anugerah Citra Sahabat DBP 2018 bagi Kategori Sektor Awam untuk ISDEV berlangsung pada masa 1:55:35 dalam video tersebut.

Saturday, November 17, 2018

IDMAC 2018 BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA

Program tahun ISDEV, Islamic Development Management Conference atau IDMAC berlangsung pada 13 dan 14 November yang lalu. IDMAC kali ketiga belas ini yakni The 13th ISDEV International Islamic Development Management Conference 2018 (IDMAC2018) membawa tema Ekonomi Politik Islam dalam Malaysia Baharu. Sebanyak 72 abstrak telah dihantar untuk dibentangkan dalam IDMAC2018. Penyampai UcapUtama bagi IDMAC 2018 pula ialah pertama, YB Dr. Afif Bahardin, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang menyampaikan tajuk "Malaysia Baharu: Economic Challenges Way Forward" dan kedua, Dato' Dr. Asyraf Wajdi Dusuki yang menyampaikan tajuk "Islamic Political Economy in New Malaysia: An Overview". Tahniah kepada Ahli Jawatankuasa Penganjur atas kejayaan penganjuran IDMAC2018 ini.

 Pendaftaran Peserta

Acara dimulakan dengan Negaraku, Lagu Rasmi USM dan Asma'ul Husna

Dr. Afif Bahardin menyampaikan UcapUtama pertama IDMAC2018

 Pengarah ISDEV, Prof. Madya Dr. Zakaria Bahari menyampaikan cenderahati kepada Dr. Afif Bahardin bersama Pengerusi Jawatankuasa Penganjur IDMAC2018, Dr. Mohd. Syakir Mohd Rosdi

UcapUtama Kedua IDMAC2018 disampaikan oleh Dato' Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, Ketua Pemuda UMNO

Soalan diajukan oleh Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Ust. Afnan Hamimi Taib Azamudden kepada Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki

 Para pembentang dalam salah satu sessi selari

 Peserta dalam salah satu sessi pembentangan selari

 Peserta mendengar penyampaian Dato' Dr. Asraf Wajdi

Sebahagian peserta IDMAC2018

Friday, November 16, 2018

IPA - IKATAN PELAJAR DAN ALUMNI MEDAN ISDEV MENERIMA KUNJUNGAN PROF SYUKRI

Pada 8 hingga 10 November, Ikatan Pelajar Pelajar dan Alumni  (IPA) Medan ISDEV telah menerima kunjungan daripada Profesor Syukri. 


Bertakziah di rumah allahyarham Dr Surahwardi dan Bu Latifah yg meninggal pada Selasa lepas

Allahyarham Bapak Dr. Suhrawardi

 Di Anjung ISDEV yang telah mencatat beribu kenangan buat warga ISDEV

 Penyerahan buku Pembangunan Islam karya Prof. Sukiman yang diterbitkan daripada tesis Doktor Falsafah beliau kepada Prof. Syukri


 Prof. Syukri  menyampaikan kuliah Politik Pembangunan  Islam untuk para pelajar Program  Magister  Ilmu Politik (MIP) Universitas Sematera Utara, Medan Indonesia



Pertemuan dengan alumni ISDEV di Medan

Prof Syukri menyampaikan kuliah di Program Administrasi Publik  Pascasarjana Universitas Medan Area (UMA)

Thursday, November 15, 2018

MAKMAL SOSIO-AKADEMIK EPISTEMOLOGI & TASAWUR ISLAM MISDEV18.1

Tahniah buat semua pelajar MISDEV 18.1 ISDEV atas kejayaan menganjurkan Makmal Sosio-Akademik Epistemologi & Tasawur Islam di Kompleks Dakwah Darul Murtadha, Sg Petani Kedah pada 11 November 2018. Makmal Sosio-Akademik Epistemologi & Tasawur Islam ini merupakan salah satu keperluan dalam kursus Epistemologi dan Tasawur Islam yang ditawarkan untuk pelajar yang mengikuti Program Sarjana Sains Kemasyarakatan (Pengurusan Pembangunan Islam) pada semesteri pertama pengajian mereka. Terima kasih buat semua yang terlibat. Semoga memperoleh manfaat.


Profesor Madya Dr. Zakaria Bahari bersama dengan  Ust Idrus Ahmad, Mudir Tahfiz Darul Murtadha

 Para pelajar MISDEV18.1 sedang mengadakan sessi perbincangan untuk mengenali Kompleks Dakwah Darul Murtadha dengan lebih mendalam


 Melawat salah satu pondok yang disediakan untuk warga emas yang berhasrat untuk mendalami ilmu di Kompleks Dakwah Darul Murtadha ini



 Menziarahi kawasan sekitar Kompleks Dakwah yang masih dalam pembinaan

Wednesday, November 14, 2018

PROFESOR SYUKRI MENYAMPAIKAN UCAPUTAMA DI INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION

Pada 19 hingga 21 Oktober 2018, Profesor Muhammad Syukri Salleh berangkat ke Jakarta untuk memenuhi jemputan menyampaikan ucaputama di The International Conference on Islamic Education anjuran Universitas Islam Negeri Sharif Hidayatullah dan Universitas Islam Jakarta. 


 Bersama Rektor Universitas Islam Negeri Sharif Hidayatullah (kedua kanan), Rektor Universitas Islam Malang (paling kiri) dan wakil Pascasarjana dari Makasar (paling kanan)


 Makan malam di Talaga Sampireun Jakarta Selatan dengan pelajar ISDEV Pak Catur, alumni ISDEV Dr Farid Wajdi dan isteri, dan teman baru ISDEV Prof Tulus.

Tuesday, November 13, 2018

ISDEV MENERIMA KUNJUNGAN DARIPADA UNAIR

Pada 19 Oktober 2018, ISDEV telah menerima kunjungan daripada Fakultas Ekonomi dan Bisnes serta Sekolah Pasca Sarjana Universitas Airlangga (UnAir), Surabaya, Indonesia. Seramai 11 orang pensyarah dan pihak pentadbiran daripada kedua-dua institusi tersebut telah datang mengunjungi ISDEV. Kunjungan ini bertujuan merealisasikan sessi perkongsian dalam Wacana Penyelidikan ISDEV dan perbincangan mengenai perkembangan aktiviti yang telah disusun bersempena Memorandum Perjanjian (MoA) ISDEV dengan UnAir yang telah ditandatangani pada 9 Mei 2017 yang lalu.

Wacana Penyelidikan yang diadakan telah diisi oleh Profesor Dr. Sri Iswati, Pengarah Sekolah Pasca Sarjana dan Dr. Sri He Herianingrum, Koordinator Program Studi Sarjana Sains Ekonomi Islam yang masing-masing telah menyampaikan tajuk Peranan Ekonomi Islam dalam Revolusi Industri 4.0 dan Pembangunan Ekonomi Islam di Indonesia. Selepas sessi perkongsian dalam Wacana Pneyelidikan, kesemua ahli kunjungan daripada UnAir mengadakan perbincangan dengan para pensyarah ISDEV berkenaan perkembangan dan pengemasan perancangan aktiviti bagi mengisi MoA yang telah ditandatangani oleh kedua-dua pihak.

Turut serta dalam kunjungan ini ialah  Profesor Muslich Anshori, Koordinator Program Studi Doktor Ekonomi Islam dan Profesor Adam Subagyo, Koordinator Program Studi Doktor Pengembangan Sumber Daya Manusia.

 Makluman Wacana Penyelidikan yang telah diisi oleh Profesor Dr. Sri Iswati dan Dr. Sri Herianingrum

Pengarah ISDEV, Prof. Madya Dr. Zakaria Bahari menerima cenderahati daripada Profesor Dr. Sri Iswati, Pengarah Sekolah Pasca Sarjana UnAir

Penyampaian cenderahati kepada Dr. Sri Herianingrum, penyampai Wacana Penyelidikan ISDEV yang kedua

 Penyampaian cenderahati daripada ketua kumpulan kunjungan UnAir dan Wakil Direktur 1, Sekolah Pasca Sarjana UnAir - Profesor Dr. Anwar Ma'ruf

Para pensyarah ISDEV bergambar bersama ahli-ahli kunjungan daripada UnAirdi hadapan bangunan ISDEV, USM

 Hasrat kumpulan kunjungan untuk mendapatkan Jeruk Madu Pak Ali tercapai

Sessi perbincangan mengenai aktiviti berkaitan MoA yang akan direalisasikan

Monday, November 12, 2018

A NAS A WEEK - 4 RABI'UL AWWAL 1440H

Say to the believing men that they should lower their gaze and guard their modesty: that will make for greater purity for them: and Allah is well acquainted with all that they do.2983

Notes:
2983 - The rule of modesty applies to men as well as women. A brazen stare by a man at a woman (or even at a man) is a breach of refined manners. Where sex is concerned, modesty is not only "good form": it is not only to guard the weaker sex, but also to guard the spiritual good of the stronger sex.

Compare Translations:

Source (Credit to)

Wednesday, November 7, 2018

SESUNGGUHNYA DARI ALLAH KITA DATANG

Innalillahi wainna ilaihi raji’un. Seluruh warga ISDEV mengucapkan takziah dan turut berduka cinta yang sebesar-besarnya, atas pemergian sahabat dan saudara kami yang tercinta, Ibu Latifah Hanum Almadany (isteri almarhum Dr. Suhrawardi K Lubis dan juga kakak ipar kepada Dr. Farid Wajdi) di Jakarta, pada Isnin, 6 Nov 2018 jam 3.00 WIB akibat kemalangan. Semoga seluruh amal ibadahnya di dunia diterima oleh Allah SWT. Didoakan agar seluruh keluarga yang ditinggalkan diberikan ketabahan dan kesabaran atas cubaan yang menimpa ini.



 
Rumah almarhum yang juga dikenali sebagai Anjung ISDEV di Medan sering dikunjungi oleh warga ISDEV tiap kali ke Medan dan sudah menjadi kebiasaan sebelum ini, rumah almarhum merupakan persinggahan terakhir tiap kali lawatan warga ISDEV di Medan sebelum  berangkat pulang ke Pulau Pinang.

Monday, November 5, 2018

A NAS A WEEK - 27 SAFAR 1440H

Abu Huraira reported: The Messenger of Allah, peace and blessings be upon him, said, “Two men among the children of Israel were the opposite of each other. One of them was a sinner and the other would strive in worship. The worshiper would see the sinner and tell him to stop. One day he found him sinning so he said: Stop! The sinner said: Leave me alone, by my Lord, have you been sent to watch over me? The worshiper said: By Allah, Allah will not forgive you or admit you into Paradise. Later their souls were taken and they met in the presence of the Lord of the worlds. Allah said to the worshiper: Did you have knowledge of me or power over what is in my hand? Allah said to the sinner: Enter Paradise by my mercy. And Allah said to the worshiper: Take him to the Hellfire.”

Abu Huraira said, “By the one in whose hand is my life, he spoke a word which ruined him in this world and the Hereafter.”

Source: Sunan Abī Dāwūd 4901, Grade: Sahih (authentic) according to Al-Albani

عن أبي هريرة قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ رَجُلَانِ فِي بَنِي إِسْرَائِيلَ مُتَوَاخِيَيْنِ فَكَانَ أَحَدُهُمَا يُذْنِبُ وَالْآخَرُ مُجْتَهِدٌ فِي الْعِبَادَةِ فَكَانَ لَا يَزَالُ الْمُجْتَهِدُ يَرَى الْآخَرَ عَلَى الذَّنْبِ فَيَقُولُ أَقْصِرْ فَوَجَدَهُ يَوْمًا عَلَى ذَنْبٍ فَقَالَ لَهُ أَقْصِرْ فَقَالَ خَلِّنِي وَرَبِّي أَبُعِثْتَ عَلَيَّ رَقِيبًا فَقَالَ وَاللَّهِ لَا يَغْفِرُ اللَّهُ لَكَ أَوْ لَا يُدْخِلُكَ اللَّهُ الْجَنَّةَ فَقَبَضَ أَرْوَاحَهُمَا فَاجْتَمَعَا عِنْدَ رَبِّ الْعَالَمِينَ فَقَالَ لِهَذَا الْمُجْتَهِدِ أَكُنْتَ بِي عَالِمًا أَوْ كُنْتَ عَلَى مَا فِي يَدِي قَادِرًا وَقَالَ لِلْمُذْنِبِ اذْهَبْ فَادْخُلْ الْجَنَّةَ بِرَحْمَتِي وَقَالَ لِلْآخَرِ اذْهَبُوا بِهِ إِلَى النَّارِ
 قَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَتَكَلَّمَ بِكَلِمَةٍ أَوْبَقَتْ دُنْيَاهُ وَآخِرَتَهُ
 
4901 سنن أبي داود كتاب الأدب باب في النهي عن البغي
 4901 المحدث الألباني خلاصة حكم المحدث صحيح في صحيح أبي داود

Thursday, November 1, 2018

SELAMAT DATANG KE ISDEV

Selamat datang ke Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Universiti Sains Malaysia kepada dua pelajar 'internship' daripada Magister Sains Ekonomi Islam, Universitas Airlangga, Surabaya, Indonesia.

Pelajar pertama, Muhammad Ubaidillah Al Mustofa, B.Sc yang berhasrat untuk membuat kajian mengenai Impak Pembolehubah Makroekonomik dan Non-Makroekonomik ke atas Pelaburan Langsung Asing di Indonesia. Beliau telah diletakkan di bawah penyeliaan Dr. Murni Yusoff.


Pelajar kedua pula ialah Hanif Fadhlillah, S.A yang berhasrat melakukan kajian mengenai Implementasi Pertumbuhan Penduduk Terhadap Pertumbuhan Ekonomi di Indonesia Menurut Perspektif Islam. Beliau dipertanggungjawab ke atas Dr. Wan Norhaniza Wan Hasan untuk penyeliaan kajian beliau.