Saturday, November 17, 2018

IDMAC 2018 BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA

Program tahun ISDEV, Islamic Development Management Conference atau IDMAC berlangsung pada 13 dan 14 November yang lalu. IDMAC kali ketiga belas ini yakni The 13th ISDEV International Islamic Development Management Conference 2018 (IDMAC2018) membawa tema Ekonomi Politik Islam dalam Malaysia Baharu. Sebanyak 72 abstrak telah dihantar untuk dibentangkan dalam IDMAC2018. Penyampai UcapUtama bagi IDMAC 2018 pula ialah pertama, YB Dr. Afif Bahardin, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang menyampaikan tajuk "Malaysia Baharu: Economic Challenges Way Forward" dan kedua, Dato' Dr. Asyraf Wajdi Dusuki yang menyampaikan tajuk "Islamic Political Economy in New Malaysia: An Overview". Tahniah kepada Ahli Jawatankuasa Penganjur atas kejayaan penganjuran IDMAC2018 ini.

 Pendaftaran Peserta

Acara dimulakan dengan Negaraku, Lagu Rasmi USM dan Asma'ul Husna

Dr. Afif Bahardin menyampaikan UcapUtama pertama IDMAC2018

 Pengarah ISDEV, Prof. Madya Dr. Zakaria Bahari menyampaikan cenderahati kepada Dr. Afif Bahardin bersama Pengerusi Jawatankuasa Penganjur IDMAC2018, Dr. Mohd. Syakir Mohd Rosdi

UcapUtama Kedua IDMAC2018 disampaikan oleh Dato' Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, Ketua Pemuda UMNO

Soalan diajukan oleh Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Ust. Afnan Hamimi Taib Azamudden kepada Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki

 Para pembentang dalam salah satu sessi selari

 Peserta dalam salah satu sessi pembentangan selari

 Peserta mendengar penyampaian Dato' Dr. Asraf Wajdi

Sebahagian peserta IDMAC2018

No comments: