Tuesday, November 13, 2018

ISDEV MENERIMA KUNJUNGAN DARIPADA UNAIR

Pada 19 Oktober 2018, ISDEV telah menerima kunjungan daripada Fakultas Ekonomi dan Bisnes serta Sekolah Pasca Sarjana Universitas Airlangga (UnAir), Surabaya, Indonesia. Seramai 11 orang pensyarah dan pihak pentadbiran daripada kedua-dua institusi tersebut telah datang mengunjungi ISDEV. Kunjungan ini bertujuan merealisasikan sessi perkongsian dalam Wacana Penyelidikan ISDEV dan perbincangan mengenai perkembangan aktiviti yang telah disusun bersempena Memorandum Perjanjian (MoA) ISDEV dengan UnAir yang telah ditandatangani pada 9 Mei 2017 yang lalu.

Wacana Penyelidikan yang diadakan telah diisi oleh Profesor Dr. Sri Iswati, Pengarah Sekolah Pasca Sarjana dan Dr. Sri He Herianingrum, Koordinator Program Studi Sarjana Sains Ekonomi Islam yang masing-masing telah menyampaikan tajuk Peranan Ekonomi Islam dalam Revolusi Industri 4.0 dan Pembangunan Ekonomi Islam di Indonesia. Selepas sessi perkongsian dalam Wacana Pneyelidikan, kesemua ahli kunjungan daripada UnAir mengadakan perbincangan dengan para pensyarah ISDEV berkenaan perkembangan dan pengemasan perancangan aktiviti bagi mengisi MoA yang telah ditandatangani oleh kedua-dua pihak.

Turut serta dalam kunjungan ini ialah  Profesor Muslich Anshori, Koordinator Program Studi Doktor Ekonomi Islam dan Profesor Adam Subagyo, Koordinator Program Studi Doktor Pengembangan Sumber Daya Manusia.

 Makluman Wacana Penyelidikan yang telah diisi oleh Profesor Dr. Sri Iswati dan Dr. Sri Herianingrum

Pengarah ISDEV, Prof. Madya Dr. Zakaria Bahari menerima cenderahati daripada Profesor Dr. Sri Iswati, Pengarah Sekolah Pasca Sarjana UnAir

Penyampaian cenderahati kepada Dr. Sri Herianingrum, penyampai Wacana Penyelidikan ISDEV yang kedua

 Penyampaian cenderahati daripada ketua kumpulan kunjungan UnAir dan Wakil Direktur 1, Sekolah Pasca Sarjana UnAir - Profesor Dr. Anwar Ma'ruf

Para pensyarah ISDEV bergambar bersama ahli-ahli kunjungan daripada UnAirdi hadapan bangunan ISDEV, USM

 Hasrat kumpulan kunjungan untuk mendapatkan Jeruk Madu Pak Ali tercapai

Sessi perbincangan mengenai aktiviti berkaitan MoA yang akan direalisasikan

No comments: