Thursday, November 29, 2018

HIBURAN BUAT GURU

Pada 27 November 2018 di bilik sumber ISDEV, Tarbiyah Pengasas ISDEV, Profesor Dr. Muhammad Sukri Salleh bagi bulan November telah diadakan dengan tajuk 'Hiburan Guru". Dalam Tarbiyah tersebut, Porfesor Dr. Muhammad Syukri menceritakan kisah seorang pensyarah yang benar-benar tersentuh hatinya atas perlakuan pelajarnya yang:
1. Berbudi bahasa
2. Tidak pernah lupa membuat ucapan Hari Guru dan Hari Raya
3. Menelefon untuk bertanyakan khabar
4. Bersusah payah untuk melahirkan penghargaan kepadanya
5. Mesra dan bergurau senda apabila bertemu
6. Menghormati kepercayaan atau pegangannya
7. Meraikannya sehingga ke akhir pertemuan
 
Dalam tarbiay beliau ini juga digariskan antara perkara yang menjadi hiburan bagi guru khususnya di ISDEV ialah:
1. Tidak terputus hubungan dengan ISDEV
2. Menyambung perjuangan ISDEV
3. Merealisasikan perjuangan ISDEV





Wednesday, November 28, 2018

BICARA TENTANG KONSEP INSAN

Siri Wacana ISDEV-IIIT dengan tajuk "THE CONCEPT OF MAN AND FOUNDATION OF ETHICS IN ISLAM" telah diadakan pada 30 November 2018M bersamaan 22 Rabiul Awal 1440H jam 10.00 pagi - 12.00 tengah hari  di Bilik Sumber ISDEV. Wacana ini telah disampaikan oleh Penolong Profesor Dr. Abdul Latif Abdul Razak dari Universiti Islam Aantarabangsa Malaysia. 








Monday, November 26, 2018

A NAS A WEEK - 18 RABI'UL AWWAL 1440

Allah doth command you to render back your trusts to those to whom they are due; and when ye judge between man and man that ye judge with justice: verily how excellent is the teaching which He giveth you! for Allah is He who heareth and seeth all things [Translation of al-Nisaa', 4:58 by Abdullah Yusuf Ali].

Compare Translations:


Source (Credit To):
http://www.alim.org/library/quran/ayah/compare/4/58

Thursday, November 22, 2018

SIRI WACANA ISDEV-IIIT YANG KETIGA

ISDEV menjemput semua untuk mengikuti Siri Wacana ISDEV-IIIT yang ketiga seperti yang berikut:


Monday, November 19, 2018

A NAS A WEEK - 11 RABI'UL AWWAL 1440

Abu Huraira reported: I have not seen anything more beautiful than the Messenger of Allah, peace and blessings be upon him, as if the sunlight emanated from his face. I have not seen anyone quicker in his walking than the Messenger of Allah, as if the earth was folded for him. We would exert ourselves while he would not endure any difficulty [Source: Sunan al-Tirmidhī 3648; Grade: Sahih (authentic) according to Ahmad Shakir]

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ مَا رَأَيْتُ شَيْئًا أَحْسَنَ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَأَنَّ الشَّمْسَ تَجْرِي فِي وَجْهِهِ وَمَا رَأَيْتُ أَحَدًا أَسْرَعَ فِي مِشْيَتِهِ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَأَنَّمَا الْأَرْضُ تُطْوَى لَهُ إِنَّا لَنُجْهِدُ أَنْفُسَنَا وَإِنَّهُ لَغَيْرُ مُكْتَرِثٍ
3648 سنن الترمذي كتاب المناقب باب في صفة النبي صلى الله عليه وسلم
16/248 المحدث أحمد شاكر خلاصة حكم المحدث إسناده صحيح في مسند أحمد

Source (Credit to):
 

Sunday, November 18, 2018

ISDEV TERIMA ANUGERAH CITRA SAHABAT DBP 2018

ISDEV telah dipilih oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai penerima Anugerah Citra Sahabat DBP 2018 bagi kategori sektor awam. Anugerah Citra Sahabat DBP yang telah diperkenalkan bermula tahun 2013 ini merupakan pengiktirafan kepada pihak luar sama ada kepada tokoh, individu, kumpulan, persatuan, pertubuhan, agensi dan seumpamanya yang telah memainkan peranan yang penting dan berkesan dalam membantu DBP memartabatkan bahasa dan persuratan Melayu.

Anugerah tersebut disampaikan oleh En. Mohd Azhan Md Amir, Timbalan Ketua Setiausaha Pembangunan, Kementerian Pendidikan Malaysia, kepada Wakil Pengarah ISDEV di Majlis Anugerah Hari Inovasi DBP 2018 yang diadakan di Wisma DBP pada 15 November 2018. Terima kasih DBP, Tahniah ISDEV.







Pautan rakaman bagi Majlis Anugerah Hari Inovasi DBP 2018 ialah seperti dalam link berikut dan penyampaian Anugerah Citra Sahabat DBP 2018 bagi Kategori Sektor Awam untuk ISDEV berlangsung pada masa 1:55:35 dalam video tersebut.

Saturday, November 17, 2018

IDMAC 2018 BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA

Program tahun ISDEV, Islamic Development Management Conference atau IDMAC berlangsung pada 13 dan 14 November yang lalu. IDMAC kali ketiga belas ini yakni The 13th ISDEV International Islamic Development Management Conference 2018 (IDMAC2018) membawa tema Ekonomi Politik Islam dalam Malaysia Baharu. Sebanyak 72 abstrak telah dihantar untuk dibentangkan dalam IDMAC2018. Penyampai UcapUtama bagi IDMAC 2018 pula ialah pertama, YB Dr. Afif Bahardin, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang menyampaikan tajuk "Malaysia Baharu: Economic Challenges Way Forward" dan kedua, Dato' Dr. Asyraf Wajdi Dusuki yang menyampaikan tajuk "Islamic Political Economy in New Malaysia: An Overview". Tahniah kepada Ahli Jawatankuasa Penganjur atas kejayaan penganjuran IDMAC2018 ini.

 Pendaftaran Peserta

Acara dimulakan dengan Negaraku, Lagu Rasmi USM dan Asma'ul Husna

Dr. Afif Bahardin menyampaikan UcapUtama pertama IDMAC2018

 Pengarah ISDEV, Prof. Madya Dr. Zakaria Bahari menyampaikan cenderahati kepada Dr. Afif Bahardin bersama Pengerusi Jawatankuasa Penganjur IDMAC2018, Dr. Mohd. Syakir Mohd Rosdi

UcapUtama Kedua IDMAC2018 disampaikan oleh Dato' Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, Ketua Pemuda UMNO

Soalan diajukan oleh Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Ust. Afnan Hamimi Taib Azamudden kepada Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki

 Para pembentang dalam salah satu sessi selari

 Peserta dalam salah satu sessi pembentangan selari

 Peserta mendengar penyampaian Dato' Dr. Asraf Wajdi

Sebahagian peserta IDMAC2018

Friday, November 16, 2018

IPA - IKATAN PELAJAR DAN ALUMNI MEDAN ISDEV MENERIMA KUNJUNGAN PROF SYUKRI

Pada 8 hingga 10 November, Ikatan Pelajar Pelajar dan Alumni  (IPA) Medan ISDEV telah menerima kunjungan daripada Profesor Syukri. 


Bertakziah di rumah allahyarham Dr Surahwardi dan Bu Latifah yg meninggal pada Selasa lepas

Allahyarham Bapak Dr. Suhrawardi

 Di Anjung ISDEV yang telah mencatat beribu kenangan buat warga ISDEV

 Penyerahan buku Pembangunan Islam karya Prof. Sukiman yang diterbitkan daripada tesis Doktor Falsafah beliau kepada Prof. Syukri


 Prof. Syukri  menyampaikan kuliah Politik Pembangunan  Islam untuk para pelajar Program  Magister  Ilmu Politik (MIP) Universitas Sematera Utara, Medan Indonesia



Pertemuan dengan alumni ISDEV di Medan

Prof Syukri menyampaikan kuliah di Program Administrasi Publik  Pascasarjana Universitas Medan Area (UMA)

Thursday, November 15, 2018

MAKMAL SOSIO-AKADEMIK EPISTEMOLOGI & TASAWUR ISLAM MISDEV18.1

Tahniah buat semua pelajar MISDEV 18.1 ISDEV atas kejayaan menganjurkan Makmal Sosio-Akademik Epistemologi & Tasawur Islam di Kompleks Dakwah Darul Murtadha, Sg Petani Kedah pada 11 November 2018. Makmal Sosio-Akademik Epistemologi & Tasawur Islam ini merupakan salah satu keperluan dalam kursus Epistemologi dan Tasawur Islam yang ditawarkan untuk pelajar yang mengikuti Program Sarjana Sains Kemasyarakatan (Pengurusan Pembangunan Islam) pada semesteri pertama pengajian mereka. Terima kasih buat semua yang terlibat. Semoga memperoleh manfaat.


Profesor Madya Dr. Zakaria Bahari bersama dengan  Ust Idrus Ahmad, Mudir Tahfiz Darul Murtadha

 Para pelajar MISDEV18.1 sedang mengadakan sessi perbincangan untuk mengenali Kompleks Dakwah Darul Murtadha dengan lebih mendalam


 Melawat salah satu pondok yang disediakan untuk warga emas yang berhasrat untuk mendalami ilmu di Kompleks Dakwah Darul Murtadha ini



 Menziarahi kawasan sekitar Kompleks Dakwah yang masih dalam pembinaan

Wednesday, November 14, 2018

PROFESOR SYUKRI MENYAMPAIKAN UCAPUTAMA DI INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION

Pada 19 hingga 21 Oktober 2018, Profesor Muhammad Syukri Salleh berangkat ke Jakarta untuk memenuhi jemputan menyampaikan ucaputama di The International Conference on Islamic Education anjuran Universitas Islam Negeri Sharif Hidayatullah dan Universitas Islam Jakarta. 


 Bersama Rektor Universitas Islam Negeri Sharif Hidayatullah (kedua kanan), Rektor Universitas Islam Malang (paling kiri) dan wakil Pascasarjana dari Makasar (paling kanan)


 Makan malam di Talaga Sampireun Jakarta Selatan dengan pelajar ISDEV Pak Catur, alumni ISDEV Dr Farid Wajdi dan isteri, dan teman baru ISDEV Prof Tulus.