Friday, December 14, 2018

BENGKEL KAEDAH PENYELIDIKAN BERTERASKAN ISLAM DI KIAS

Bengkel Kaedah Penyelidikan Beteraskan Islam yang diadakan pada 9 hingga 10 Disember 2018 di Ridel Hotel Kota Bharu, anjuran Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) merupakan siri kedua yang diadakan oleh tim Kaedah Penyelidikan Berteraskan Islam Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Universiti Sains Malaysia (USM). Bengkel Kaedah Penyelidikan Berteraskan Islam ini merupakan usaha untuk memperkenalkan falsafah kaedah penyelidikan berteraskan Islam yang seharusnya menjadi teras kepada penyelidikan dan kaedah-kaedah yang digunakan dalam bidang pengajian Islam yang boleh direalisasikan sebagai kaedah penyelidikan untuk melakukan kajian berkaitan Islam dan umat Islam. Bengkel Kaedah Penyelidikan Berteraskan Islam yang diadakan di KIAS pada kali ini disertai oleh semua tenaga pengajar di KIAS. Alhamdulillah, kehadiran pserta sangat menggalakkan sekalipun pada 9 Disember cuti umum khas telah diisytiharkan.





 
Profesor Muhammad Syukri Salleh memulakan Bengkel dengan penyampaian bertajuk "Kenapa Kaedah Penyelidikan Berteraskan Islam?"

 Sebahagian daripada pembentang dalam Bengkel

 Dr. Fadzila Azni Ahmad menyamoaikan tajuk "Falsafah Kaedah Penyelidikan Berteraskan Islam: Tasawur dan Epistemologi"

Dr. Nur Ilani Mat Nawi pula menyampaikan tajuk "Falsafah Kaedah Penyelidikan Berteraskan Islam: Objektiviti dalam KPBI"

 
Dr. Mohd Syahmir Alias menyampaikan tajuk "Falsafah Kaedah Penyelidikan Berteraskan Islam: Kesaintifikan dan Bebas Nilai"


 Ucapan pembukaan disampaikan oleh Yang Berusaha Dr Yeop Hussin Bin Bidin, Timbalan Ketua Eksekutif KIAS

 Dr. Shahir Akram Hassan selaku penyelaras tim Kaedah Penyelidikan Berteraskan Islam menjadi wakil untuk menyampaikan kata-kata aluan daripada pihak ISDEV


 Sebahagian daripada peserta yang hadir

Dr. Nur  Sakiinah Ab Aziz menyampaikan tajuk "Konsep Mutawatir dalam Ilmu Qiraat untuk Kesahan dan Kebolehpercayaan Data Kaedah Penyelidikan Berteraskan Islam"

 
Sebahagian daripada pembentang Bengkel

 Para peserta yang mengikuti Bengkel secara penuh selama dua hari di Ridel Hotel

Penyampaian Cenderahati daripada  Pengarah Jawatankuasa Penganjur Bengkel KPBI di KIAS, Ustazah Shahnun binti Musa, Ketua Jabatan Pengajian Islam, KIAS

 Bergambar bersama Peserta Muslimat Bengkel

 Bergambar bersama Peserta Muslimin Bengkel

 Pembentang selepas selesai Bengkel 2 hari di Ridel Hotel

Pembentang daripada Pulau Pinang selamat sampai di Pulau Pinang pada Selasa 11 Disember

No comments: