Tuesday, October 9, 2018

SATU LAGI KEJAYAAN CALON PHD ISDEV

Pada 8 Oktober 2018, satu lagi viva calon Phd ISDEV Hainnur Aqma Rahim telah diadakan di Bilik Persidangan C23 Kompleks Sains Kemasyarakatan. Sebelum daripada itu, sebagaimana tradisi lazim di ISDEV - majlis solat hajat telah dilakukan bagi mendoakan kelancaran dan dipermudahkan urusan beliau dalam menghadapi viva. Alhamdulillah, Hainnur Aqma dengan tesis beliau bertajuk "Penentu Gelagat Isi Rumah Muslim M40 Terhadap Tujuan Berhutang Dari Perspektif Islam" dalam viva tersebut telah berjaya dianugerahi PhD dengan kelulusan pada skala 2. Tahniah Hainnur Aqma.

 Hainnur Aqma Rahim semasa sessi viva sedang berlangsung



 Duduk dari kiri: Hainnur Aqma, Profesor Ruslan Rainis (Pengerusi Viva), En. Rahim bin Rahip (Ayah Hainnur Aqma), Hamidah binti Safie (Ibu Hainnur Aqma); Berdiri dari kiri: Profesor Madya Dr. Zakaria Bahari (Penyelia), Dr. Nailul Murad Mohd. Nor (Pemeriksa Dalam), Dr. Mohd Syakir Mohd Rosdi (Wakil Pengarah), Profesor Madya Dr. Asmaddy Haris (Pemeriksa Luar), Dr. Shahir Akram Hassan (Pemeriksa Dalam) dan En. Ezal Ezham Azami (Setiausaha)

No comments: