Thursday, January 2, 2014

USAHA PERKASAKAN ISDEV DAN WAKAF




PULAU PINANG, 26 Disember 2013 - Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) di Universiti Sains Malaysia (USM) akan dipertingkatkan keupayaan dan kolaborasinya pada peringkat dunia serta berusaha membangunkan program wakaf untuk menjadi model dalam usaha yang berkaitan.

Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Dr Omar Osman menerima kunjungan rasmi Pengarah Eksekutif Abdul Razak Holdings (ARH), Negara Brunei Darussalam Yang Mulia Pehin Orang Kaya Lela Raja Dato' Seri Laila Jasa Haji Awang Abdul Rahman Haji Abdul Karim hari ini untuk membantu merealisasikan hasrat tersebut.

Beliau adalah tokoh ekonomi dan korporat terkemuka negara Brunei.
Dalam kunjungan tersebut USM dan ARH berhasrat untuk bersama-sama memajukan wakaf ISDEV di dalam kampus induk USM. 
 

Hadir dalam perbincangan tersebut ialah ahli-ahli Jawatankuasa Pengurusan Universiti termasuk Timbalan-timbalan Naib Canselor dan Pendaftar serta Pengarah ISDEV Profesor Dr Muhamad Syukri Salleh.


Teks: Nor Rafizah Md Zain
Sumber : www.usm.my

No comments: