Monday, September 3, 2012

LETTER FROM ACEH: IFTAR IPA-ISDEV

Assalamu'alaikum Wr. Wb
Alhamdulillah, segala puji kepada Allah SWT dan shalawat untuk junjungan yang mulia Rasulullah SAW.

Walaupun sudah berada di penghujung dari Ramadhan 1433 H, pelajar 
dan alumni ISDEV Aceh yang sudah berada di Banda Aceh mengambil kesempatan untuk tetap merekatkan ukhuwwah Islamiyah dengan mengadakan majlis berbuka puasa yang dilaksanakan di Rumah Makan Istana pada tanggal 16 Agustus 2012.

Majlis berbuka puasa dimaksudkan untuk meraikan teman-teman yang sedang berjuang untuk menyelesaikan perkuliahan di ISDEV USM, menguatkan tali ukhuwwah karena telah lama tak berjumpa dan mendengarkan berbagai informasi terbaru tentang ISDEV dari teman-teman yang baru kembali dari Penang.

Dalam majlis tersebut juga di isi dengan tausiah Ramadhan yang disampaikan oleh Bapak Nizam. Dalam tausiahnya, Bapak Nizam berpesan untuk tetap menjaga semangat perjuangan yang selama ini telah terbina selama menuntut ilmu di ISDEV, bahawa kita berjuang bukan untuk mendapatkan dunia tapi kita berharap Allah ridha terhadap apa yang kita sedang lakukan. Beliau juga mengingatkan anggota majlis berbuka puasa untuk tidak sombong terhadap semua yang telah dicapai. Itu semua adalah kenikmatan yang mesti kita syukuri kepada Allah.

Dalam majlis berbuka puasa IPA-ISDEV (Ikatan Pelajar dan Alumni-ISDEV) dihadiri oleh Muhammad Yasir Yusuf, Bapak Surya Darma, Bapak Meldi, Haris, Bapak Agus dan Bapak Nizam berjalan dengan penuh khidmat dan dilanjutkan dengan shalat berjamaah dan makan malam bersama.

Semoga semangat perjuangan yang telah di dapat selama belajar di ISDEV boleh dibawa dan dibahagi kepada teman-teman lainnya di berbagai institusi, tempat warga ISDEV bekerja.

Saya turut lampirkan photo-photo acara, semoga Allah selalu memberikan keberkahan dan rahmat kepada Prof Syukri dan semua guru-guru ISDEV yang telah mendidik pelajar-pelajar ISDEV dengan hati dan keikhlasan. Tidak ada kebaikan yang disia-siakan oleh Allah. Setiap kebaikan akan dibalas oleh Allah dengan 10 kebaikan lainnya. Amin.

P1020160

Salam Rindu
Muhammad Yasir Yusuf
Pelajar ISDEV yang Terus Belajar Dari Guru-Guru ISDEV
State Institute of Islamic Studies
Institut agama Islam Negeri (IAIN) Ar-Raniry
Darussalam, Banda Aceh, Indonesia
email: yasir_yusuf@yahoo.com dan 



No comments: