Monday, October 20, 2008

SIRI SYARAHAN ISDEV KE-VII - TAN SRI DATO' MUHYIDDIN MOHD YASSIN

PETIKAN DARI BERITA USM

Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Mohd. Yassin Sampai Syarahan di USM

Y.B. Tan Sri’ Dato’ Hj. Muhyiddin Mohd Yassin, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia akan menyampaikan syarahan bertajuk ‘Politik Melayu – Islam: Kemelut dan Penyelesaian’ pada hari Selasa, 21 Oktober 2008, jam 10.00 pagi di Dewan Budaya Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Menerusi sesi berkenaan, beliau akan mengupas senario politik semasa di negara ini dari perspektif masyarakat Melayu dan fahaman Islam selain turut mencadangkan usaha-usaha yang wajar dijalankan oleh segenap pihak ke arah kemajuan negara.
Syarahan beliau ini dianjurkan sempena Siri Syarahan Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) Ke-VII, USM.
Untuk maklumat lanjut, hubungi Sekretariat Siri Syarahan ISDEV di talian 04 – 653 2656/3422/2910 atau e-mel: isdev@usm.my.

No comments: