Pertemuan dan perbincangan kolaborasi strategik antara Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV USM) dengan Tn Hj Khairul Azhar (Penolong Pengurus Besar Penyelidikan & Pembangunan) Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Wilayah Persekutuan telah dijalankan secara atas talian pada Khamis, 7 April 2022.
Perbincangan yang memakan masa lebih 2 jam telah membuka ruang kolaborasi antara ISDEV USM dengan PPZ WP. Antara kolaborasi yang dibincangkan ialah sumbangan dua hala antara ISDEV USM dengan PPZ WP untuk kepentingan dan kemaslahatan ummah berdasarkan kapasiti kedua-dua institusi Islam dalam bidang masing-masing.
No comments:
Post a Comment