Timbalan Pengarah ISDEV, Dr Azrin Ibrahim telah mempengerusikan majlis dan mengelola majlis dengan menjemput PM Dr Shahir Akram Hassan, Pengarah ISDEV untuk menyampaikan tarbiyah beliau bertajuk “Antara Pembangunan Fizikal dan Pembangunan Rohani”.
Dr Shahir Akram menjelaskan tentang ketaqwaan meliputi proses pembangunan fizikal dan rohani bagi semua warga ISDEV. Dalam tarbiyahnya, Dr Shahir Akram telah berkongsi pembangunan yang berlaku di ISDEV secara fizikal. Namun begitu, beliau menekankan sebagai sebuah institusi akademia Islam, pembangunan yang berkualiti mesti berpaksikan ketaqwaan. Justeru, beliau menyeru agar nilai taqwa ini menjadi jati diri setiap warga ISDEV agar ISDEV tidak hanya terlihat gah secara fizikal malah juga indah dengan nilai taqwa. Beliau mengambil kesempatan semangat Ramadan yang bakal muncul untuk mengajak warga ISDEV menyemarakkan amalan kerohanian secara konsisten. Dalam tarbiyahnya, Dr Shahir Akram menyimpulkan hasrat agar warga ISDEV dapat menjadi Muslim yang bekerja keras dan berusaha bersungguh-sungguh dalam pekerjaannya di sing hari dan menjadi abid yang taat kepada Allah pada malamnya.
Selesai Pengarah ISDEV menyampaikan tarbiyah, Dr Azrin menggunakan peluang majlis ini untuk mengadakan sesi briefing untuk pelajar berkaitan pengurusan akademik ISDEV yang terkini. Dalam briefing tersebut, Dr Azrin yang bertindak mengkoordinasi semua program akademik ISDEV memberi nasihat dan peringatan kepada pelajar pascasiswazah ISDEV agar sentiasa berinteraksi dengan penyelia dan mengambil tahu tentang prosedur yang ditetapkan oleh Institut Pengajian Siswazah USM agar dapat memastikan proses pengajian mereka berjalan lancar. Beliau juga memperingatkan pelajar agar menyelesaikan urusan pembaharuan pendaftaran sebelum Semester 2 Sidang Akademik 2021/2022 bermula pada April 2022 ini.
Sesi terakhir untuk Penyeliaan Siswazah Bulanan ISDEV seterusnya diisi dengan kuliah oleh Dr Nurul Fadly Habidin, Felo Akademik ISDEV dari UPSI yang bertajuk “How to write a good research proposal or thesis?”
Beliau berkongsi 10 langkah sebagai strategi menyediakan proposal atau tesis yang baik
1. Thesis writing routine – seorang pelajar perlu menulis secara konsisten secara rutin untuk membolehkannya menulis proposal atau tesis yang baik.
2. Objective-based actions – walaupun dalam kesibukan, seorang pelajar perlu bertindak berdasarkan objektifnya. Dr Nurul Fadly menyenaraikan 4 perkara penting bagi memenuhi objektif ini iaitu: i. Wakyu yang berkualiti; ii. Ruang kerja dan lokasi penyelia; iii. Belajar untuk tulis perbincangan, bukan laporan; dan iv. Kemajuan dan maklum balas.
3. Start with the simple – untuk menyediakan penulisan yang baik, sebaiknya bermula dengan penulisan yang mudah dahulu agar pelajar menjadi bermotivasi. Pelajar boleh bermula dengan menyediakan deraf perenggan untuk PENDAHULUAN dan KESIMPULAN terlebih dahulu sebelum membincangkan perihal bab seterusnya.
4. Alignment (accurate: no more, no less) – align between research background, problem statement, research objective, research question and research hypothesis. Jadual ringkas setiap elemen ini dapat membantu pelajar untuk memastikan setiap elemen saling berkaitan dan berkait antara satu sama lain.
5. Verb for objective – gunakan perkataan yang sesuai untuk menyenaraikan objektif kajian. Pastikan perkataan yang dipilih dapat menggambarkan kaedah dan keputusan yang dihajatkan dalam kajian.
6. Justification – setiap perkara dalam proposal / tesis perlu mempunyai justifikasi yang kukuh dan jelas.
7. Every word has a meaning – highlight important things of the research in thesis. Elakkan dari mendedahkan perkara-perkara yang boleh menimbulkan persoalan lanjut pembaca/pemeriksa terhadap proposal/tesis anda
8. Input: research process – dapatkan sebanyak mungkin sumber dan nasihat berkaitan dengan kajian
9. Operational definition – kemukakan definisi yang jelas tentang terma yang digunakan dalam tesis secara tepat dan ringkas
10. Significant of research & research limitation – TMEP (theoretically, methodologically, empirically and practically)
Penyeliaan Siswazah Bulanan ISDEV diharapkan dapat engage warga ISDEV secara keseluruhan dan memberi manfaat secara langsung dalam perjalanan akademik pelajar-pelajar ISDEV.