Wednesday, December 5, 2018

KUMPULAN PENYELIDIKAN ZAKAT DI PANTAI TIMUR

Pada 15 hingga 20 November 2018 Kumpulan Penyelidikan Pendekatan Ekonomi Pusat-Pusat Pengurusan Zakat di Malaysia yang diketuai oleh Profesor Muhammad Syukri Salleh telah ke Pantai Timur negara - Pahang, Terengganu dan Kelantan untuk melaksanakan misi penyelidikan di institusi zakat di sana. Kumpulan penyelidik terdiri daripada Profesor Muhammad Syukri Salleh, Prof. Madya Dr. Zakaria Bahari, Dr. Shahir Akram Hassan, Dr. Azrin Ibrahim dan Dr. Murni Yusoff serta pegawai penyelidik, Raudha Md. Ramli. 

Kembara ke Pantai Timur ini bermula dengan temu bual bersama Ustaz Abdul Rahman, Pengarah Unit Pembangunan Asnaf, Bahagian Zakat & Baitulmal, Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Negeri Pahang, dan pegawai-pegawainya, di Pekan, Pahangpada 16 November 2018.


Seterusnya kumpulan penyelidik ke negeri Terengganu untuk mengadakan temu bual dan Focus Group Discussion dengan pihak Bahagian Pengurusan Zakat Negeri Terengganu pada 18 November 2018.




Pada 19 November 2018 pula Kumpulan penyelidik bergerak ke Kelantan untuk mengadakan temu-bual dengan pegawai-pegawai Unit Agihan Zakat, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Negeri Kelantan di Kota Bharu.





No comments: