Thursday, May 19, 2011

APA YANG DILAKUKAN DI ISDEV?

Ada orang bertanya, apa yang dilakukan di ISDEV? Jawapannya antara lain ada dalam gambar-gambar di bawah - a picture is worth a thousand words.

MENEROKA BIDANG KEILMUAN BARU
Keratan akhbar NST tentang program Ijazah Tinggi di ISDEV

MENGUTIP ILMU UNTUK PEMBANGUNAN MINDA DAN JIWA
Warga ISDEV menghayati tazkirah setiap kali selepas solat secara berjemaah

MEMUPUK RASA BERTANGGUNGJAWAB SEBAGAI HAMBA ALLAH
Mentradisi solat berjemaah

MELATIH MENGHASILKAN YANG TERBAIK
Puan Radieah Mohd Nor, pelajar MISDEV2008, diiktiraf di peringkat kebangsaan sebagai pemenang Anugerah Tesis Sarjana Terbaik Tan Sri Muhyiddin Haji Mohd Yassin 2010


MENERIMA PENGHARGAAN DAN PENGIKTIRAFAN ATAS USAHA DAN JERIH PAYAH DALAM MENGHASILKAN YANG TERBAIK
Anugerah untuk menghargai pelajar cemerlang - Shafiza (MISDEV09) antara 6 pelajar yang memenangi Anugerah Disertasi Cemerlang MISDEV 2010 yang dibiayai pensyarah-pensyarah ISDEV


MELATIH MEMBENTANG DAN MENYAMPAIKAN IDEA DAN PEMIKIRAN SECARA LISAN DI KHALAYAK
Di sepanjang tempoh pengajian pelajar ISDEV dilatih membuat pembentangan dalam wacana ilmiah sama ada di peringkat dalaman ISDEV, di peringkat USM, peringkat nasional dan juga peringkat antarabangsa


MENEMPUH KAEDAH PEMBELAJARAN YANG UNIK DAN BERBEZA
Malam Restu Ilmu MISDEV2009 untuk menghalalkan segala ilmu yang telah disampaikan kepada pelajar agar ilmu tersebut ada keberkatannya, mudah diamal, dihayati dan diperjuangkan serta dapat memberi manfaat pada Islam, sesuai dengan kaedah pengajaran-pembelajaran "hati ke hati" yang dilagang ISDEV


MENCUNGKIL BAKAT-BAKAT TERPENDAM
Syakir Mohd Rosdi (MISDEV2009) dan Ahmad Anwar Rosli (MISDEV2008) mendendangkan nasyid bersempena Malam Graduasi ISDEV 2011. Mereka juga merupakan sebahagian ahli Shoutul ISDEV, kumpulan nasyid ISDEV


MELAKUKAN MUSAFIR ILMU SEBAGAI MENERUSKAN TRADISI PENCARIAN ILMU ULAMA SILAM
Musafir ilmu ke Acheh pada Oktober 2010 yang dianjurkan oleh pelajar MISDEV2010


WISATA ATAU RIHLAH UNTUK LEBIH MENGENALI RAKAN SEPERJUANGAN DAN GURU-GURU SERTA MEMPERKUKUH UKHWAH DAN SILATURAHIM SESAMA WARGA ISDEV
Wisata rihlah ke Danau Toba, Indonesia pada Mac 2011 untuk lebih mengenali sahabat-sahabat dan guru-guru yang mendidik


MENGHASILKAN DAN MERASAI UKHWAH DAN SILATURAHIM YANG LUAR BIASA SESAMA RAKAN
Aksi dan tingkah para pelajar MISDEV2010 selepas majlis Berbuka Puasa ISDEV 2010


DAN SESAMA PELAJAR DENGAN GURU
Abdullah Fahimy (MISDEV2009) sedang mengurut kaki Profesor Syukri yang keletihan kerana jauh berjalan dalam musafir sambil diperhatikan Mohd Syakir (MISDEV2009)


SERTA DENGAN AHLI KELUARGA PELAJAR
Profesor Syukri mendukung anak sulung sdr Khairul Faizi (MISDEV2009) sambil diraikan bersama para pelajar MISDEV2010


DAN PARA IBU BAPA
Ahli keluarga pelajar terutamanya para ibu bapa turut diraikan pada Malam Graduasi ISDEV apabila pelajar MISDEV dan ISDEV yang lain akan berkonvokesyen


JUGA... MENERIMA SEGULUNG IJAZAH
Pelajar MISDEV2008 selepas berkonvokesyen pada Mac 2010


No comments: