Thursday, October 30, 2008

ISDEV LECTURE SERIES VII IN THE NEWS - 6

By : Promusm
Date: 22 Oct 2008

Cadangan subjek 'Kontrak Sosial', ProM puji Muhyiddin

Bagi saya, ‘Kontrak Sosial’ telah lama dimeterai (dan) saya yakin generasi pasca merdeka (mahasiswa) hari ini kurang didedahkan tentang kontrak tersebut dan perlembagaan sendiri, walhal perkara-perkara tersebut sangat diperlukan. Sebab itu, saya melihat cadangan Tan Sri Muhyiddin (Yassin) tersebut wajar dipuji kerana sikapnya yang berani dan rasional,” jelas Pengerusi ProM, Sdr. Adi Syahid Mohd Ali.

Beliau juga mencadangkan kurikulum baru ini patut memberi fokus pada pengajian hak asasi mahasiswa, perlembagaan dan AUKU sendiri secara koprehensif dan sepadu supaya mahasiswa turut mengetahui dan sedar apakah hak-hak mereka dalam Universiti dan negara.

Pengerusi ProM juga mencadangkan USM mengambil inisiatif awal dan progresif untuk mempertimbangkan cadangan Tan Sri Muhyiddin tersebut, seterusnya merangka kurikulum berkaitan.

Cadangan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tersebut telah diucaptamakan dalam Seminar Politik Melayu-Islam: Kemelut dan Penyelesaiannya pada pagi kelmarin di Dewan Budaya di sini.

Seminar bermakna tersebut dianjurkan bersama oleh Pusat Kajian Pembangunan dan Pengurusan Islam (ISDEV) dan Yayasan Nurul Yaqeen.

Sebelum ini, Kerajaan dan Parlimen pernah berbahas dan melaksanakan kurikulum TITAS, Hubungan Etnik dan Pengajian Malaysia di beberapa Universiti, atas tujuan yang sama

Kenyataan ini dibuat semasa Pengerusi ProM menyertai Sukarelawannya di Kaunter Perkhidmatan ProM Akses-Cetak Slip Menduduki Peperiksaan, di sini.

No comments: